Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

Benang Emas Cateleya

 "Melihat benang emas melintang pada jalan hanya membawa kepada keterbatasan waktu.. mana mungkin emas melintang pada jalan.. namun percaya kepada kewujudannya hanya akan melepaskan peluang hidup yang lain. Hakikatnya emas itu hanyalah khayalan gembira sebelum tiba destinasi akhir. Hayati dan nikmatinya, usaha untuk mencapainya, keberhasilan luar biasa pada penghujungnya... ".. 

Coretan tangan mengatur tulisan

"Perkara yang paling jauh untuk kita kejar adalah masa lalu. Sungguhpun masa lalu adalah masa terindah, ia takkan berulang. Begitu juga andai masa lalu itu terlalu memeritkan, ia juga tidak akan kembali. Oleh itu masa hadapan yang bakal dilakar adalah sebenar-benar tempat kembali.. " "Dugaan dan ujian hanya untuk hamba yang Allah sayang. Itu tanda Allah mahu mendengar rintihan hambanya. ". 

Kata-kata

"Manusia tidak seperti yang terlihat atau terbayang kerana sifat dan sikap manusia mengikut situasi dan kondisi yang sedang dialami.  Segalanya serba tidak tetap dan berubah-ubah.. " "Pertemuan itu ada kerana akan ada perpisahan.. namun, perpisahan itu juga ada kerana masih akan ada pertemuan yang baru.. " "Setiap detik kita semakin dekat dengan kematian dan semakin dekat dengan kehidupan selanjutnya.. -we're going too the next life- ... Tak ada kata tunggu atau tunda.. "