Ustaz Ahmad rizam
Perkongsian ustaz tentang orang yang dimuliakan atau dihinakan oleh Allah.
Kenapa kita tak mengaji Al-Quran?
Bukan sebab kita tak pandai baca quran, tapi sebab Allah hinakan kita dari membaca Al-Quran. Allah hinakan kita dari memegang musyhaf Nya. Allah hinakan kita dari melakukan perbuatan orang-orang Soleh.
Kenapa kita tak solat?
Bukan sebab kita tak pandai solat.. bukan sebab kita tak da masa untuk solat.. tapi sebab Allah hinakan kita dari melakukan solat. Allah tak beri lagi kita masa untuk solat kerana kita pernah dan selalu leka mengabaikan masa yang pernah Allah bagi untuk kita solat dulu dulu.. Allah sibukkan kita dengan urusan dunia, Allah bagi semua yang kita nak walau kita tinggalkan solat. Itu bukan sebab Allah sayang kita, sebab Allah nak hinakan kita jangan buat perkara-perkara yang orang Soleh buat.
Kenapa kita tak sedeqah?
Bukan sebab kita tak mampu, tapi sebab Allah nak hinakan kita dengan sikap kita yang terlalu cintakan harta, cintakan dunia. Allah tak marah, tapi Allah hinakan kita dari melakukan perkara Soleh kerana apa? Kerana syurga itu untuk orang yang Allah muliakan. Bukan untuk orang yang Allah hinakan.
Mulia dan hina adalah suatu perkara yang sangat berbeza.. duduknya mulia, amatlah tinggi. Duduk hina amatlah rendah. Tidak ada pertimbangan antara keduanya. Mulianya kita akan berada di ketinggian yang Allah kehendaki.. malah hinanya kita juga, terperuk terperosok ke lembah yang paling dalam yang Allah kehendaki.
Lalu bagaimana untuk mendapat kemuliaan dari Allah ini??
Adalah dengan memilih untuk berada di pilihan Nya..
1. Duduk lah dimasjid kerana orang yang ke masjid adalah orang yang Allah pilih duduk bersama orang yang Soleh.
2. Duduklah di majlis ilmu, kerana disitu adalah duduknya orang yang Allah pilih mendengar dan memahami tentang Dia dan agamaNya.
3. Berkumpul lah bersama orang Soleh kerana orang Soleh adalah orang yang dipilih Allah untuk mendapat kemuliaanNya. Agar kita terkena tempias kemuliaan orang Soleh.
4. Solatlah malam kerana tawaduknya kita sebagai hamba. Mengakulah pada Allah tentang hinanya kita, namun berdoalah agar kehinaan itu bukan dari Allah, tapi dari kelemahan diri kita sendiri.
Islam itu mudah tapi jangan pandang mudah. Kerana apa?? Kerana hina dan mulianya seseorang itu adalah dari kelemahan dan kesungguhan seseorang hamba kepada penciptanya...
Ulasan
Catat Ulasan